tag:blogger.com,1999:blog-79607076556009478882024-03-13T20:42:34.429-07:00ghanizASSALAMUALAIKUM...kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi blog ini..diucapkan jutaan terima kasih..sebarang komen membina adalah dialu-alukanghanizhttp://www.blogger.com/profile/11402256467893839858noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7960707655600947888.post-17626540123262682302009-10-13T01:55:00.001-07:002009-10-13T01:55:42.108-07:00RAHSIA SOLAT AWAL WAKTURenungan bersama…………………………

> Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan
> perubahan tenaga alam ini yang oleh diukur dan dicerap
> melalui perubahan warna alam.

> Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum
> warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
> mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda
> atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
> penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal
> waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
> lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
> Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap
> oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
> bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata
> lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil
> akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya
> saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada
> tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
> melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi
> mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
> mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

> Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &
> dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu
> Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
> frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
> penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
> berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu
> ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam
> hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
> cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

> Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu
> masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini
> bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
> yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah
> kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
> daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
> ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu
> …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
> diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

> Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di
> waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar
> tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada
> waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
> dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga
> kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
> perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu
> ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens
> (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
> mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
> keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

> Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan
> seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini
> menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
> frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
> otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu
> berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam
> Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
> Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
> keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas
> tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
> merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan
> dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
> hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini
> dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

> Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna
> alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
> tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam
> kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
> sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
> alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
> bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat
> solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
> bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini
> seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
> solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
> sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
> memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
> manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat
> berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …ghanizhttp://www.blogger.com/profile/11402256467893839858noreply@blogger.com0